AGENDANASIONAL

Hulu Selangor, Gombak diramal ribut petir dan hujan hingga 9 malam

SHAH ALAM, 14 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 9 malam ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan itu dijangka di negeri ini di daerah Hulu Selangor dan Gombak.

Manakala di Perak melibatkan Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangasar; Kelantan (Gua Musang), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin) serta Negeri Sembilan (Jempol).

Sabah pula di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Sandakan).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :