SHAH ALAM, 16 SEPT: Aliran trafik keluar dari Lembah Klang mulai perlahan pagi ini apabila orang ramai mengambil peluang pulang ke kampung sempena cuti Hari Malaysia.
Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) menerusi Twitter melaporkan trafik perlahan pada jam 9.45 pagi ke arah pantai timur sebelum masuk Plaza Tol Gombak.
Trafik juga perlahan dari Gombak ke Terowong Genting Sempah, R&R Genting Sempah ke Bukit Tinggi dan sebelum Plaza Tol Karak.
Perjalanan ke arah utara pada jam 9.25 pagi juga perlahan dari Hospital Sungai Buloh ke Sungai Buaya, Bukit Beruntung ke Bukit Tagar dan Lembah Beringin ke Tanjung Malim.
Hentian Behrang (U) menuju Sungkai, Tapah ke Gopeng, Terowong Menora ke R&R Sungai Perak dan Kuala Kangsar ke Hentian Bukit Gantang turut mengalami kesesakan.