Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersalam dengan kanak-kanak selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 16 September 2022. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENDANASIONAL

Sultan, Permaisuri ucap selamat Hari Malaysia, zahir harapan rakyat bersatu

HAH ALAM, 16 SEPT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor mendoakan agar negara terus makmur sempena sambutan Hari Malaysia ke-59.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin juga menzahirkan doa dan harapan rakyat hidup dalam aman dan harmoni serta sentiasa sentiasa dalam perlindungan Allah Subhanahuwataala.

“Baginda berharap seluruh rakyat jelata tidak mengira bangsa dan agama terus bersatu padu dan bekerjasama dalam meletakkan Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi di persada global khususnya dari aspek ekonomi dan produktiviti.

“Baginda juga mahu semua pihak menggembleng tenaga dan usaha dalam memastikan setiap kelompok masyarakat di Malaysia memperoleh hasil kemakmuran yang sama rata dan taraf hidup rakyat terus dipertingkat,” menurut kenyataan dikongsi Facebook Selangor Royal Office.

Sultan Selangor memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahuwataala dan berbangga dengan pencapaian yang dinikmati Malaysia sejak 1963 sehingga kini.

Dalam itu, pada hari ini, baginda turut berkenan menunaikan solat Jumaat bersama rakyat jelata di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.


Pengarang :