EXCO Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman bercakap kepada media sempena program Selangor Mega Job Fair 2022 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada 11 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

Selangor rancang bina pusat e-sukan terbesar di Asia Tenggara tahun depan

SHAH ALAM, 19 SEPT: Perancangan bagi membina pusat pembangunan e-sukan terbesar di Asia Tenggara di negeri ini dijangka bermula tahun depan.

EXCO pembangunan generasi muda berkata pembinaan pusat itu sepatutnya bermula tahun ini, namun tidak dapat dilaksanankan berikutan beberapa isu yang perlu diselesaikan.

“Antara perkara tersebut ialah status tanah, bagaimanapun kita sedang uruskan dan dijangka mula dibangunkan pada tahun depan.

“Pusat ini bukan seperti fasiliti sukan yang hanya untuk sukan semata-mata tetapi dilengkapi dengan penginapan dan latihan simulasi,” kata Mohd Khairuddin Othman kepada SelangorKini.

Pusat pembangunan e-sukan terbesar di Asia Tenggara yang bakal dibina di negeri ini dengan kos lebih RM10 juta merupakan hasil gabungan kewangan swasta dan Kerajaan Negeri.

Pusat yang dilengkapi akademi latihan, penginapan, studio dan tenaga pengajar itu akan menggunakan bangunan bekas Hotel Carlton di Seksyen 13 yang diubah suai.


Pengarang :