Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barang keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran menerusi program Jelajah Ehsan Rakyat peringkat DUN Bukit Melawati di Sasaran Sungai Buloh, Kuala Selangor pada 21 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Lokasi jualan murah PKPS ditambah kepada 11 lokasi, lebih ramai terima manfaat

Oleh AZIAN AZIZ

GOMBAK, 1 NOV: Program jualan murah anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diperluas ke dua lagi lokasi bermula hari ini.

Penolong pengurus logistiknya berkata penambahan itu bagi memastikan lebih ramai penduduk berpeluang membeli enam barang keperluan asas pada harga murah.

“Kini 11 trak (sebelum ini sembilan) akan keluar setiap hari untuk membawa barangan ke lokasi jualan.

Kita juga telah pastikan stok barang jualan mencukupi ekoran penambahan lokasi tersebut,” kata Mohd Hasri Abu Hassan.

 

Terdahulu, beliau meninjau Jualan Ehsan Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua di Flat Putri Laksamana, Batu Caves di sini.

Program yang bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari menawarkan ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

Turut ditawarkan ikan kembung pada harga RM6 setiap pek, minyak masak (RM25 sebotol) dan beras 5 kilogram (RM10).

Kerajaan Negeri memperuntukan RM10 juta bagi mengerakkan program berkenaan di 56 DUN mulai 6 September hingga 6 Disember melibatkan 160 lokasi.

Inisiatif itu bagi membantu rakyat berdepan kenaikan harga barang memanfaatkan lebih 80,000 orang sejak diperkenal Disember tahun lalu.

Orang ramai boleh melayari laman sosial PKPS atau pautan https://linktr.ee/myPKPSlinktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.

Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan murah dalam program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Sungai Tua di Flat Putri Laksamana, Gombak pada 1 November 2022. Foto AZIAN AZIZ/SELANGORKINI

Pengarang :