EXCO Kebajikan Masyarakat V Ganabatirau menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Bomba Sukarela Kuang pada Majlis Simbolik Penyerahan Peruntukan Program Di Bawah Jawatankuasa Tetap Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor 2022 di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 1 November 2022. FOTO SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Manfaat bantuan RM10,000 tambah aset menyelamat, anjur program untuk rakyat

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 1 NOV: Persatuan Bomba Sukarela Kuang akan memanfaatkan bantuan RM10,000 daripada Kerajaan Negeri untuk menambah peralatan dan aset menyelamat.

Setiausahanya Mohd Nazri Mohd Hussin berkata peralatan itu termasuk bot menyelamat, gergaji rantai dan peralatan perlindungan peribadi (PPE).

“Dengan keanggotaan seramai 50 orang kami membantu bomba dalam aktiviti menyelamat termasuk banjir, kes binatang atau serangga berbisa dan pokok tumbang.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Warga Murni Selangor, Edward Joseph

“Anggota kami dilatih jabatan bomba dan penyelamat yang akan menjadi responder awal sebelum bantuan daripada balai bomba terdekat sampai sekiranya berlaku kecemasan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Simbolik Penyerahan Peruntukan Program Di Bawah Jawatankuasa Tetap Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor 2022.

Majlis penyerahan disempurnakan EXCO Kebajikan Masyarakat V Ganabatirau.

Sebanyak 85 persatuan, badan bukan kerajaan (NGO) dan pusat kebajikan menerima sumbangan menerusi program Dana Sukarelawan Kebajikan, Program Sinergi Prihatin dan Program Pusat Kebajikan Lestari dengan jumlah peruntukan lebih RM2 juta.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kebajikan Warga Murni Selangor Edward Joseph berkata bantuan sebanyak RM10,000 akan dimanfaatkan untuk beberapa program termasuk pemberian cermin mata percuma kepada murid sekolah.

“Bantuan seperti ini mungkin nampak kecil kepada mereka yang mampu, namun bagi yang kurang berkemampuan ia sangat membantu kerana kos untuk membuat cermin mata agak mahal,” katanya.


Pengarang :