SHAH ALAM, 11 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Puutrajaya sehingga 7 malam ini.
Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan sama diramal di seluruh Pulau Pinang dan Melaka.
Negeri lain pula antaranya Kedah, Perak, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah melibatkan beberapa kawasan.
MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.