Calon Pakatan Harapan Parlimen Sungai Buloh Datuk R Ramanan berbual bersama penduduk ketika bersarapan di Restoran Subang Pit Stop, Kampung Melayu Subang, Shah Alam pada 11 November 2022. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Calon HARAPAN sedia dua bot, manfaat pengalaman jurutera kenal pasti punca bah

SHAH ALAM, 11 NOV: Datuk R Ramanan menyediakan dua bot sebagai persediaan menyelamat dan memindahkan penduduk Parlimen Sungai Buloh sekiranya berlaku banjir.

Calon Pakatan Harapan parlimen berkenaan juga memanfaatkan pengalamannya sebagai jurutera untuk mengenal pasti punca banjir kilat di Kampung Melayu Subang.

“Kita sudah teliti punca banjir semalam dan jalan penyelesaian akan diumumkan malam esok. Pengalaman sebagai seorang jurutera memudahkan saya mengetahui punca kejadian ini.

“Malam esok juga saya akan umum beberapa persediaan untuk membantu mangsa banjir. Yang pasti langkah kita umum ini bukan penyelesaian bersifat sementara,” katanya kepada SelangorKini.

Calon Pakatan Harapan Parlimen Sungai Buloh Datuk R Ramanan menyantuni penduduk ketika bersarapan di Restoran Subang Pit Stop, Kampung Melayu Subang, Shah Alam pada 11 November 2022. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Terdahulu beliau meluang masa bersarapan bersama penduduk di Restoran Subang Pit Stop di Kampung Melayu Subang di sini hari ini.

Semalam, sebanyak 120 rumah di Kampung Melayu Subang, Seksyen U6 terjejas banjir kilat selepas hujan lebat sejak 3.30 petang semalam.

Bagaimanapun tiada mangsa dipindahkan ke pusat penempatan sementara berikutan air setinggi hampir 0.5 meter surut beberapa jam kemudian.

Turut terjejas beberapa lokasi sekitar Shah Alam dan Klang dengan ratusan mangsa dipindahkan ke tiga pps.

Calon Pakatan Harapan Parlimen Sungai Buloh Datuk R Ramanan melihat keadaan rumah penduduk di Kampung Melayu Subang yang terjejas banjir kilat susulan hujan lebat pada 10 November 2022. Foto Facebook Ramanan Ramakrishnan DR

Pengarang :