Keadaan di sekitar Sungai Klang berhampiran Masjid Jamek yang dinaiki air akibat daripada hujan lebat ketika tinjauan pada 10 Sept 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Seluruh Selangor, KL dan Putrajaya diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 12 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Puutrajaya sehingga 9 malam ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan sama diramal di seluruh Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Labuan.

Manakala Kedah melibatkan Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu; Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) serta Pahang (Pekan dan Rompin).

Sarawak pula di Miri (Marudi) dan Limbang selain Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar).

MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :