Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama peniaga sempena majlis perasmian dan penyerahan lesen gerai dan permit penjaja sementara di Bandar Baru Sungai Buloh Seksyen U20, Shah Alam pada 18 November 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB serah permit niaga sementara, bantu rakyat bangkit selepas PKP

SUNGAI BULOH, 18 NOV: Dato’ Menteri Besar menyerahkan permit niaga sementara kepada lebih 50 individu di Bandar Baru Sungai Buloh di sini, hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif tersebut antara ikhtiar Selangor menambah pendapatan rakyat terutama selepas penamatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Selepas PKP, ramai menjalankan perniagaan kerana mahu menambah pendapatan namun tiada permit. Kerajaan Negeri tidak pernah menghalang sebaliknya menyusun atau melaksanakan beberapa program supaya tiada yang ketinggalan.

“Tiada guna kalau kita ini berstatus bandar raya atau perbandaran tapi kualiti perkhidmatan tidak tepati status atau standard.

“Untuk dapatkan fasiliti seperti itu (perbandaran) tidak semestinya kita robohkan atau bina sesuatu yang gah. Tapi kita perlu menyusun sebaiknya, dan itulah dilakukan oleh Selangor,” katanya.

Beliau berucap pada majlis penyerahan lesen niaga dan merasmikan gerai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Bandar Baru Sungai Buloh.

Hadir sama EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han dan Timbalan Setiausaha Sektor Penyelarasan Operasi MBSA Mohd Yunus Suri.

Gerai di Jalan 1B/2 Bandar Baru Sungai Buloh itu dibina dengan kos RM321,774 dan menempatkan enam peniaga yang dahulunya berniaga di tepi jalan.

Pada 14 Oktober tahun lepas, Amirudin memaklumkan seramai 7,000 peniaga kecil di bawah pentadbiran MBSA menerima lesen sementara.

Beliau berkata tempoh permit yang diberikan adalah setahun dan mereka yang ingin meneruskan perniagaan boleh memohon untuk menyambung.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melawat gerai peniaga selepas majlis perasmian dan penyerahan lesen gerai dan permit penjaja sementara di Bandar Baru Sungai Buloh Seksyen U20, Shah Alam pada 18 November 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :