Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan amanatnya kepada pengundi wanita ketika berkempen pada Program MIni Karnival Wanita di Taman Selasih, Gombak pada 13 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Dana ratusan juta buat anak muda dan wanita, pilih HARAPAN untuk lebih manfaat (VIDEO)

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM: 18 NOV: Pelbagai program yang memberi manfaat kepada wanita dan anak muda dijalankan Pakatan Harapan (HARAPAN) sepanjang mentadbir Selangor.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan Kerajaan Negeri sejak 2018 berbelanja ratusan juta ringgit khusus untuk membela kedua-dua golongan itu.

“Bayangkan jika HARAPAN berjaya mentadbir Putrajaya, saya pasti kita akan boleh beri lebih daripada yang kita capai di Selangor,” katanya dalam perutusan khas sempena hari pengundian esok.

Amirudin turut menyenarai sebahagian bentuk bantuan dan program kepada anak muda dan wanita iaitu:

– subsidi lesen motor lengkap caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan perlindungan insurans menerusi Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE)

– Menyediakan 55,000 peluang kerja untuk anak muda menerusi penganjuran Selangor Kerjaya

– Bantuan RM200 sebulan untuk ibu tunggal

– Dana RM10 juta setahun skim mikrokredit untuk usahawan wanita

– Pemeriksaan barah payudara, bantuan yuran tadika, yuran Kafa, tuisyen percuma dan program anak istimewa

Justeru, Amirudin mengajak anak muda dan wanita yang menjadi golongan pengundi terbesar supaya memilih HARAPAN pada pilihan raya umum ke-15.


Pengarang :