Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Dato’ Seri Amirudin Shari diumumkan pemenang kerusi Parlimen Gombak pada penjumlahan rasmi undi Pilihan Raya Umum ke-15 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak pada 19 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Kemenangan rakyat di Gombak, Amirudin azam tunai amanah sedaya upaya

SHAH ALAM, 20 NOV: Dato’ Seri Amirudin Shari yang dipilih sebagai ahli Parlimen Gombak baharu pada pilihan raya umum ke-15 semalam tekad menjalankan amanah itu dengan sedaya upayanya.

Beliau yang juga Dato’ Menteri Besar berterima kasih kepada pengundi atas sokongan sehingga berjaya menewaskan penyandang tiga penggal Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

“Amanah dan tanggungjawab ini akan digalas dengan sepenuh daya upaya.

“Kemenangan ini adalah kemenangan rakyat demi Gombak yang bermaruah dan lebih baik,” katanya di Facebook hari ini.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Dato’ Seri Amirudin Shari diumumkan pemenang kerusi Parlimen Gombak pada penjumlahan rasmi undi Pilihan Raya Umum ke-15 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak pada 19 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Amirudin yang juga naib presiden Parti Keadilan Rakyat menyumbang kemenangan kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) dengan menewaskan Mohamed Azmin dan empat pencabar lain dengan majoriti 12,729 undi di Gombak.

Mohamed Azmin yang mewakili Perikatan Nasional sebelum ini mengalihkan sokongannya hingga mengakibatkan kerajaan HARAPAN di Putrajaya tumbang pada Februari 2020.


Pengarang :