Oleh AZIAN AZIZ
SHAH ALAM, 25 NOV: Kerajaan Negeri sedia menambah subjek dalam Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) bagi meningkatkan pencapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Dato’ Menteri Besar berkata Kerajaan Selangor akan terus bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan negeri bagi melihat keperluan menambah beberapa subjek elektif yang lain.
“Modul yang disediakan adalah mengikut silibus Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM),” kata Dato’ Seri Amirudin Shari dalam Pembentangan Belanjawan 2023 hari ini.
Tahun ini Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM7 juta untuk menjayakan PTRS.
Peruntukan itu antaranya bagi memantapkan pengisian portal http://ePTRS.my dan mengukuhkan kemahiran guru.