Rumah Selangorku Residensi Adelia, Kajang. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENDANASIONALSELANGOR

Negeri perkenal inisiatif deposit beli rumah, 4,000 pemohon disasar terima manfaat

SHAH ALAM, 25 NOV: Selangor memperkenalkan inisiatif deposit membeli rumah bagi membantu lebih ramai rakyat negeri ini memiliki kediaman.

Dato’ Menteri Besar berkata sejumlah RM100 juta diperuntuk di bawah Skim Bantuan Biaya Rumah Selangor yang dijangka memanfaatkan kira-kira 4,000 pemohon.

“Skim ini adalah pembiayaan patuh syariah yang menyediakan wang pendahuluan antara 10 hingga 15 peratus manakala bayaran bulanan yang tidak membenankan untuk tempoh lima hingga 10 tahun.

“Ia juga mempunyai ciri pembayaran balik yang fleksibel sekiranya ingin membuat bayaran penyelesaian awal pembiayaan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan 2023 hari ini.


Pengarang :