AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Selangor, KL hingga 7 malam

SHAH ALAM, 6 DIS: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca sama melanda seluruh Perlis, Perak, Melaka, Johor dan beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak serta Sabah.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :