Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
SHAH ALAM, 8 DIS: Selangor telah menutup pusat pemindahan sementara (PPS) selepas semua mangsa pulang ke rumah berikutan banjir beransur pulih semalam.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerusi Facebook memaklumkan seramai 442 orang daripada 128 keluarga masih berlindung di 13 PPS di Pahang, Perak dan Perlis setakat jam 8 pagi tadi
Pahang mencatatkan peningkatan mangsa banjir di Raub dan Lipis apabila 409 orang ditempatkan di 11 PPS sejak semalam.
Mangsa banjir di Perak iaitu 29 orang dan Perlis (4 orang) dengan masing-masing satu PPS beroperasi setiap negeri.
Dalam pada itu MetMalaysia meramal ribut petir dan hujan berlaku di beberapa kawasan seluruh Semenanjung pada petang dan malam.