OLEH DIANA ABD WAHAB
SHAH ALAM, 8 DIS: Pusat Hidrogafi Nasional meramalkan air pasang besar berlaku di Pelabuhan Klang bermula hari ini sehingga Ahad.
Keadaan sama dijangka berlaku di Kuala Muda, Kedah; Bagan Datuk; Perak, Batu Pahat dan Pontian, Johor.
“Paras air laut di Pelabuhan Klang dijangka setinggi 4.9 meter pada jam 5.45 dan 6.17 pagi pada hari ini dan esok.
“Fenomena itu boleh menyebabkan limpahan air laut ke daratan dan banjir di lokaliti kawasan rendah pesisir pantai serta muara sungai,” maklum agensi itu menerusi Facebook.
Sehubungan itu, penduduk disaran agar lebih waspada berdepan fenomena ini serta rujuk agensi berkaitan untuk informasi keselamatan.
Maklumat lanjut dan jadual pasang surut 2022 boleh didapati di laman web https://hydro.gov/ramalanpasangsurut.my.