SHAH ALAM, 19 DIS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni mangsa banjir kilat di Kampung Nelayan Sungai Besar, Sabak Bernam, semalam.
Menurut agensi itu, seramai 20 mangsa menerima sumbangan berupa makanan dan barangan keperluan harian.
“Kami hadir bersama Penghulu Mukim Panchang Bedena diiringi Pengerusi MPPK dan Ketua Operasi Agihan Daerah untuk menziarahi mangsa-mangsa banjir di Kampung Nelayan Sungai Besar.
“Dengan ziarah ini dapatlah pihak kami mengetahui dengan lebih dekat permasalahan dan keperluan mereka yang lain,” tulis agensi itu di Facebook.
Zakat Selangor juga akan mencadangkan bantuan selayaknya bagi menampung kerosakkan kecil dan penggantian perkakasan rumah yang rosak.
“Terima kasih kepada pengeluar zakat, dengan zakat anda kami salurkan kepada asnaf yang memerlukan,” katanya.