ADNSELANGOR

Warga Ampang boleh salur aduan prasarana di WhatsApp, hotline MPAJ

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 21 DIS: Warga Ampang digalakkan melaporkan aduan berkaitan prasarana menerusi talian WhatsApp dan hotline Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Ahli Parlimen Ampang berkata ia antara cara terbaik melaporkan pelbagai aduan termasuk masalah jalan, lampu dan longkang.

“Ia boleh dimajukan secepatnya ke Saluran Aduan MPAJ. Boleh terus whatsApp ke talian 019-268 8100, atau hubungi hotline 1800-22-8100.

“Disarankan juga hantar email ke [email protected] atau isi borang di aduan.mpaj.gov.my dan dapatkan nombor aduan.

“Selepas itu, pasukan Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ampang boleh rujuk perkembangannya jika ada kelewatan respon,” kata Rodziah Ismail di Facebook hari ini.

Beliau berkata secara asas, pelbagai isu selenggaraan fasiliti awam tertakluk kepada pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan.

“Aduan yang diterima akan diambil tindakan segera oleh pihak yang dipertanggungjawabkan,” katanya.


Pengarang :