Naskhah al-Quran yang terjejas akibat banjir yang melanda Selangpr pada hujung 2021 dikumpulkan di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang dikeringkan oleh sukarelawan. Foto Facebook UNISEL
AGENSISELANGOR

LZS peruntuk RM590,000 lupus, ganti al-Quran rosak akibat banjir

Oleh Diana Abd Wahab

SHAH ALAM, 20 DIS: Sejumlah RM590,000 diperuntuk untuk pelupusan dan penggantian al-Quran rosak akibat banjir besar di Selangor pada tahun lalu.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) memaklumkan proses pelupusan dan penggantian al-Quran serta buku Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) antara inisiatif agensi tersebut di bawah program pascabanjir

“Untuk proses tersebut, sebanyak RM430,000 adalah dari dana dana Fisabilillah, RM60,000 (wakalah zakat Gas Malaysia Berhad) dan RM100,000 (LZS)

 “Ini bermakna hampir 90 peratus dana adalah daripada hasil zakat yang telah anda tunaikan. Terima kasih kerana bersama kami dalam usaha ini,” maklum agensi itu di Facebook.

Pada 30 November lalu, LZS melepaskan bongkah abu Al-Quran di perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor.

Bongkah abu berkenaan adalah hasil pelupusan al-Quran yang rosak ketika banjir besar melanda Selangor tahun lalu.

 Proses pelupusan melibatkan 350 tan teks al-Quran dan buku agama yang rosak mendapat kerjasama Jais dan Pasukan Polis Marin Wilayah Satu.


Pengarang :