Orang ramai membeli barang keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran menerusi program Jelajah Ehsan Rakyat peringkat daerah Klang ketika Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Sultan Suleiman, Klang pada 23 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

700 lokasi jualan PKPS mulai 15 Januari, roti antara produk baharu

SHAH ALAM, 28 DIS: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) meneruskan Jualan Ehsan Rakyat (JER) di hampir 700 lokasi baharu bermula 15 Januari depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata program jualan yang akan dikenali sebagai JER2.0 menampilkan produk baharu iaitu roti.

“Kami akan memulakan semula program JER2.0 bermula 15 Januari sehingga Mac 2023.

“Kami juga akan menjual enam barangan asas yang sama seperti sebelum ini, serta akan menambah barangan seperti roti yang akan dijual pada harga murah,” katanya kepada Selangorkini.

Menurut Dr Mohamad Khairil, JER2.0 akan diadakan di sembilan lokasi sehari dan cuti setiap Jumaat serta hari kelepasan am.

Pada 14 Disember lalu, Dato’ Menteri Besar memaklumkan lebih dua juta penduduk Selangor mendapat manfaat daripada program JER sejak ia diadakan bermula September lalu.

Dato’ Seri Amirudin Shari turut mengumumkan peruntukan antara RM10 hingga RM15 juta disediakan bagi meneruskan program jualan murah selama tiga bulan mulai 15 Januari.


Pengarang :