BUDAYARENCANA

Soneta gampang tanpa volta

dengkuran lombong mimpikan timah:
pekan tua bandaraya lama
ini dipenuhi wangi cerah
putih subuh kopi. searoma
harum likat tenang—tanpa kalut
terkejar masa. ruang di sini
tak pedulikan sebarang balut
sempit. sekadar detik berani
menyarunglucutkan diri. pekan
bunga kertas: bandaraya ipoh—
semua yang telah dinamakan
jarak dilarut sajak nirgopoh
tanpa makna, tanpa sebarang pun
putar—hanya rindu yang terhimpun.

 

Jack Malik


Pengarang :