PBTSELANGOR

MPHS tawar rebat cukai kepada pelanggan bayar cukai taksiran dalam talian

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 7 JAN: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menawarkan rebat cukai taksiran am kepada pelanggan yang membuat bayaran secara dalam talian.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata tawaran rebat tersebut berkuat kuasa 1 Januari hingga 30 April 2023.

“Pelanggan yang membayar cukai taksiran dalam talian layak menerima rebat cukai bagi pembayaran sepenggal iaitu RM3 manakala setahun (RM8),” katanya menerusi Facebook semalam.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Perbendaharaan MPHS di talian 03-6064 1331 sambungan 135/151.

MPHS tidak lagi mengeluar dan menghantar cukai taksiran mulai penggal kedua tahun ini.

MPHS berkata pembayar cukai boleh membuat bayaran secara dalam talian di https://mphs.gov.my sama ada sekali (setahun) atau dua penggal.


Pengarang :