ADN Kampung Tunku Lim Yi Wei (kiri) dan Ahli Majlis Zon 19 MBPJ Nalina Nair (kanan) mengagihkan perkakasan sekolah kepada 50 pelajar yang tinggal di Pangsapuri Sri Aman, Petaling Jaya pada 14 Februari 2022. Foto Facebook Lim Yi Wei
ADNSELANGOR

DUN Kampung Tunku: Permohonan bantuan sekolah dilanjut hingga 18 Januari

SHAH ALAM, 12 JAN: Permohonan bantuan Program Kembali ke Sekolah peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku dilanjut hingga 18 Januari ini.

Wakil rakyatnya Lim Yi Wei berkata sebanyak 300 kuota disediakan bagi membantu keluarga kurang berkemampuan menyediakan kelengkapan sekolah untuk anak.

“Walaupun fasa endemik telah berlalu tetapi masih ramai keluarga bergelut dengan masalah kewangan. Justeru, inisiatif ini diharap sedikit sebanyak meringankan mereka,” katanya kepada SelangorKini hari ini.

Beliau berkata antara syarat kelayakan pemohon adalah penduduk DUN Kampung Tunku, pendapatan isi rumah tidak lebih RM4,000 serta bukan penerima bantuan lain seperti zakat, Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) dan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas).

 


Pengarang :