Konvensyen Pilihanraya Negeri Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 14 Januari 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Tolak politik pecah belah, teruskan reformasi agar negeri makmur

SHAH ALAM, 14 JAN: Selangor menolak politik pecah belah kerana keamanan dan kemakmuran negeri dibina berdasarkan keyakinan bukan ketakutan, tegas Dato’ Seri Amirudin Shari.

Menurut Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor kerangka menolak politik pecah belah dan mempertahankan muafakat reformasi dalam kalangan rakyat negeri ini terus kekal di bawah naungan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan HARAPAN.

“Yang dibawa oleh lawan kita ialah politik pecah belah. Mereka hadir pun dalam parti politik menghasilkan pecah belah.

“Sebab itu saya percaya kerangka ini jelas sejak 2008 hingga sekarang alhamdulillah KEADILAN sebagai tonggak pentadbiran dalam negeri dan HARAPAN yang membentuk pentadbiran lebih 13 tahun kita berjaya kumpulkan kesepakatan rakyat, Melayu, Cina dan India, ada api perkauman yang berjaya kita padamkan dan berjaya kita tenangkan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berucap di Konvensyen Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam hari ini.

Amirudin yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Selangor berkata Selangor perlu memastikan HARAPAN kekal membawa muafakat.

“Selangor tolak pemecah belah, pilih perpaduan yang ada di Kerajaan Perpaduan dan angkat gelombang yang dicadang HARAPAN,” katanya.


Pengarang :