ADN Permatang Rozana Zainal Abidin mempromosikan akhbar Selangorkini kepada penduduk dalam program yok medang di Kampung Bukit Belimbing, Tanjong Karang pada 26 Januari 2023. Foto Rozana Zainal
ADNSELANGOR

Program ‘yok medang’ DUN Permatang erat hubungan pemimpin, penduduk

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 28 JAN: Program Yok Medang yang merupakan acara bulanan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang diteruskan di Kampung Bukit Belimbing, Tanjong Karang kelmarin.

Wakil rakyatnya berkata pelbagai aktiviti dijalankan pada program anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) antaranya sarapan pagi, penerangan pelbagai inisiatif Kerajaan Negeri dan bayaran cukai tanah.

“Sebelum ini yok medang dianjurkan oleh Pusat Khidmat DUN Permatang namun kali ini MPKK Kampung Bukit Belimbing ambil inisiatif sebagai penganjur buat kali pertama.

“Program kali ini juga melibatkan Pejabat Daerah Kuala Selangor yang menyediakan kaunter bergerak bagi memudahkan orang ramai membayar cukai,” kata Rozana Zainal Abidin.

Program yok medang atau jom minum merupakan inisiatif Pusat Khidmat DUN Permatang untuk mengeratkan hubungan dengan penduduk setempat selain mempromosi inisiatif ditawarkan Kerajaan Negeri.

Dalam program dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari itu penduduk berpeluang bersarapan secara percuma di kedai yang dipilih penganjur. Hampir 100 penduduk menyertai program kali ini.


Pengarang :