Persembahan tarian artis kebudayaan Selangor diiringi kumpulan gamelan setiap daerah di Selangor ketika Konsert Rentak Selangor dan Manifestasi Keroncong 2022 di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Kuala Lumpur pada 29 Januari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Rentak Selangor platform terbaik martabat, perkenal muzik keroncong

Oleh DIANA ABD WAHAB

KUALA LUMPUR, 31 JAN: Penggiat seni menyambut baik usaha Kerajaan Negeri memperkasa serta memartabatkan aktiviti kesenian dan budaya menerusi program Rentak Selangor.

Penggiat seni khususnya pemuzik keroncong melihat program itu mampu menarik minat anak muda mempelajari seni warisan negara agar tidak hilang ditelan zaman.

Persembahan Kumpulan Muzik D’ Kencana ketika Konsert Rentak Selangor dan Manifestasi Keroncong 2022 di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Kuala Lumpur pada 29 Januari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Kumpulan K.I.T.A (Kami Ini Teman Anda) yang menjuarai kategori tradisional dalam program Rentak Selangor dan Manifestasi Keroncong di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) Jalan Ampang Ahad lalu melihat ia peluang terbaik mengetengahkan bakat selain memperkenalkan muzik keroncong khususnya kepada generasi muda.

Ketua kumpulannya Mohd Zazly Zainal Ariffin berkata muzik keroncong perlu dipelihara kerana ia adalah warisan bernilai negara.

Kumpulan Bahbola membuat persembahan tarian Orang Asli dari suku Temuan ketika Konsert Rentak Selangor dan Manifestasi Keroncong 2022 di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Kuala Lumpur pada 29 Januari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Terima kasih pada Kerajaan Negeri kerana mewujudkn platform untuk ketengahkan muzik keroncong kepada masyarakat.

“Walaupun keroncong berasal dari seberang, namun ia adalah muzik nusantara kalau tak dijaga, tak mustahil muzik ini akan lenyap sekiranya tiada pelapis yang teruskan,” katanya.

Kumpulan K.I.T.A yang berasal dari Gombak membawa pulang RM5,000 dan sijil penghargaan selepas dinobat Johan Persembahan Kumpulan Muzik Keroncong Tradisional.

EXCO Kebudayaan dan Warisan, Borhan Aman Shah menyampaikan cek cura kepada
Ketua Kumpulan K.I.T.A (Kami Ini Teman Anda) Mohd Zazly Zainal Ariffin yang dinobatkan johan Kumpulan Muzik Keroncong Tradisional ketika Konsert Rentak Selangor dan Manifestasi Keroncong 2022 di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Kuala Lumpur pada 29 Januari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Sementara bagi penggiat muzik keroncong kontemporari iaitu Kumpulan Cherish 2000 melihat Rentak Selangor perlu diperluaskan supaya lebih ramai anak muda mengenali muzik tradisional itu.

Wakil kumpulan itu, Mohd Azril M Ramlan berkata Rentak Selangor berpotensi memperkasa dan mengembangkan muzik tradisional dalam kalangan anak muda.

EXCO Kebudayaan dan Warisan, Borhan Aman Shah menyampaikan cek cura kepada Ketua Kumpulan Cherish 2,000 Mohd Azril M Ramlan yang dinobatkan johan persembahan Kumpulan Muzik Keroncong Kontemporari ketika Konsert Rentak Selangor dan Manifestasi Keroncong 2022 di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Kuala Lumpur pada 29 Januari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Generasi kini lebih terdedah dengan muzik pelbagai genre seperti jazz, R&B, pop dan lain-lain namun tak tahu apa itu muzik tradisional.

“Kita boleh tarik minat anak muda dengan banyakkan program di sekolah, institusi pengajian tinggi dan jabatan kerajaan,” katanya yang turut membawa pulang wang tunai RM5,000 dan sijil penghargaan selepas menjadi Johan Persembahan Kumpulan Muzik Keroncong Kontemporari.

 


Pengarang :