Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (empat, kiri) bersama EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Khim (lima, kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Maklumat Ekonomi Digital Selangor (Sidec) Yong Kai Ping (lima, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad Dato’ Hasan Azhari Idris (tiga, kiri) memegang plakad ketika melancarkan Sekolah Digital Selangor di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 6 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sekolah Digital Selangor hasrat tambah teknologi AI dalam kursus, penuhi keperluan semasa

SHAH ALAM, 10 FEB: Sekolah Digital Selangor (SDS) berhasrat menambah pembelajaran teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kursus ditawarnya seiring dengan perkembangan semasa.

EXCO industri dan perdagangan berkata ketika ini rundingan bersama pakar pengendali teknologi berkenaan sedang dilakukan bagi memastikan matlamat penubuhan sekolah berkenaan tercapai.

“Sebelum ini kita mahu jadikan SDS sebagai platform pembelajaran digital dan teknologi namun seiring dengan keperluan masa kini, kita tambah teknologi AI dalam kursus ditawarkan.

“Perkara ini sedang digubal dan akan dikemukakan kepada Kerajaan Negeri sebelum sekolah dibuka secara rasmi,” kata Dato’ Teng Chang Khim ketika dihubungi.

Menerusi Belanjawan Selangor 2022, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan penubuhan SDS bagi memenuhi keperluan pasaran pekerjaan sektor digital.

Dikendalikan Perbadanan Teknologi Maklumat & Ekonomi Digital Selangor (Sidec), pusat berkenaan melibatkan pembelajaran peringkat sijil, diploma sehingga ijazah sarjana.

Pada Mac tahun lalu, memorandum persefahaman (MoU) penubuhan sekolah berkenaan dimeterai antara Universiti Selangor (Unisel) dan The Hive Asia Tenggara (The Hive SEA).

Penjana Nasional dijangka memberi pelaburan sepadan dengan Kerajaan Selangor dan The Hive, selain turut menawarkan tenaga pengajar, pembinaan sistem pembelajaran hibrid terkini serta pemasaran digital yang lebih kondusif.


Pengarang :