PBTSELANGOR

MPKS pelawa orang ramai sertai program tanam lebih 25,000 pokok siantan

SHAH ALAM, 10 FEB : Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mempelawa orang ramai menyertai Kayuhan Santai @ Hijau Lestari 2023 pada 25 Februari ini.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menerusi Facebook memaklumkan program bermula jam 7.30 pagi di Forest Park, Bandar Hillpark, Puncak Alam di sini.

“Kayuhan santai ini juga bakal disenaraikan dalam Malaysia Book of Record kerana sambil berkayuh akan adanya aktiviti penanaman 25,223 pokok siantan.

“Penyertaan adalah percuma dan peserta bakal menerima medal dan sijil serta berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah,” maklum MPKS.

Penyertaan adalah terbuka dan individu yang berminat boleh daftar menerusi pautan shorturl.at/hlBU9 atau hubungi Azzrul di talian 019-613 8164 untuk pertanyaan lanjut.


Pengarang :