Graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) ceria pada Majlis Konvokesyen UPM Ke-46 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM, Serdang pada 29 November 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Anak Selangor boleh mohon hadiah masuk universiti mulai 1 Mac

Oleh DIANA ABD WAHAB

KUALA LUMPUR, 17 FEB: Anak Selangor daripada keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah dipelawa memohon Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) bernilai RM1,000 mulai 1 hingga 31 Mac.

Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah memaklumkan pemohon mestilah pelajar tahun pertama yang mengikuti pengajian sepenuh masa peringkat ijazah sarjana muda, diploma dan sijil kemahiran tahap empat di IPT awam serta swasta.

Menerusi infografik di Facebook, pemohon mestilah warganegara yang lahir di Selangor dan bermastautin serta bersekolah di Selangor tidak kurang 11 tahun.

Syarat lain pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki semester pertama dan telah mendaftarkan diri bagi memulakan sesi pengajian.

Pemohon boleh membuat permohonan dalam talian menerusi http://hpipt.selangor.gov.my atau hubungi urus setia HPIPT di e-mel [email protected].

Mereka juga boleh menghubungi talian 03-5521 2469, 03-5544 7385 dan 03-55212306 atau menerusi faks 03-5510 4095 dan 03-5511 0659.

Inisiatif HPIPT dilaksanakan sejak 2008 untuk meringankan beban pelajar dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah yang menerima tawaran melanjutkan pengajian di IPT awam dan swasta.


Pengarang :