Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Pandan Indah di Kampung Cheras Baru, Ampang Jaya pada 23 Februari 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Meru, Batang Kali antara sembilan lokasi jualan murah esok

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 27 FEB: Program jualan murah barangan keperluan asas anjuran Kerajaan Negeri diteruskan ke sembilan lokasi esok.

Jelajah Ehsan Rakyat yang dikendali Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari bertempat di tapak pasar Kampung Sungai Air Tawar (DUN Sungai Air Tawar) dan Balairaya Kampung Kuantan (DUN Bukit Melawati).

Lokasi lain di Padang Awam Kampung Permatang (DUN Permatang), Batu 70 Jalan Ferry Kampung Bagan Nira (DUN Sabak) dan Taman Cheras Hartamas (DUN Teratai)

Acara turut berlangsung di Padang Permainan Jalan Indah 11 Taman Cheras Indah (DUN Pandan Indah), berhampiran BHP Cheras Jaya (DUN Balakong), Perkarangan Masjid Al Falah Kampung Budiman (DUN Meru) dan Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa (DUN Batang Kali).

Jualan murah menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Inisiatif tersebut memanfaatkan lebih dua juta penduduk Selangor sepanjang tiga bulan pelaksanaan dari September hingga Disember tahun lepas.

Susulan sambutan menggalakkan, Kerajaan Negeri memperluaskan jualan barangan asas murah ke 1,200 lokasi mulai 16 Januari hingga menjelang Mei.

Orang ramai boleh melayari pautan linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.


Pengarang :