PBTSELANGOR

MBSJ: 75,000 pembayar cukai taksiran terawal layak nikmati rebat RM15 sehingga 31 Mac

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 27 FEB: Warga Subang Jaya masih berpeluang menikmati rebat RM15 cukai taksiran apabila Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) melanjutkan tawaran berkenaan sehingga 31 Mac.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan tawaran hanya terbuka kepada 75,000 pembayar terawal tanpa tunggakan cukai yang melakukan pembayaran melalui saluran EzyMBSJ, aplikasi mobile Ezypay, E-Masspro dan mesin kios.

“MBSJ menyeru semua pihak untuk menjalankan tanggungjawab melaksanakan pembayaran cukai bagi memastikan infrastruktur serta kemudahan awam dapat disediakan serta diselenggara dengan baik.

“Semakan bil boleh dibuat dengan mengimbas kod QR pada poster dan mendaftar sebagai ahli EzyMBSJ atau memilih untuk melaksanakan pembayaran cukai taksiran dengan menggunakan kaedah digital dan konvensional,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai boleh melayari www.mbsj.gov.my dan media sosial rasmi MBSJ (facebook, instagram dan twitter) untuk maklumat lanjut.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Pusat Panggilan dan Kawalan MBSJ (Command Center) di talian 03-8024 7700.

 


Pengarang :