EXCO Industri Halal, Mohd Zawawi Ahmad Mughni bercakap kepada media selepas majlis Anugerah Premis Sembelihan Halal Terbaik Negeri Selangor sempena Persidangan Antarabangsa Halal Selangor (Selhac) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam pada 4 Mac 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sidang halal negeri sasar penyertaan lebih ramai pemain industri, pengunjung

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 2 MAC: Kerajaan Negeri mempelawa pemain industri halal dan pengguna menyertai Persidangan Antarabangsa Halal Selangor (Selhac) edisi kedua dijadual berlangsung mulai 10 hingga 12 Mac ini.

EXCO industri halal berkata acara bertemakan ‘Selangor, Gerbang Halal Antarabangsa’ diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Kuala Lumput menyasarkan kehadiran lebih 8,000 pengunjung.

“Program masuk tahun kedua ini diadakan dengan jumlah penyertaan lebih besar, ruang lebih luas dan selesa serta dalam suasana endemik dengan lokasi lebih baik.

“Saya harap ramai pemain industri dari dalam dan luar negara sertai Selhac 2023. Ia menggabungkan peserta di Selangor khususnya dalam sektor makanan, minuman, farmasi, perubatan dan kecantikan,” kata Mohd Zawawi Ahmad Mughni seperti dilapor Harapan Daily.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Selhac 2023 menumpukan enam komponen iaitu forum perniagaan, kewangan Islam, pameran, padanan perniagaan, rantaian bekalan halal dan pemasaran digital.

Beliau berkata pameran dengan sasaran padanan perniagaan berjumlah RM50 juta turut meliputi kluster makanan dan minuman, farmasi dan penjagaan kesihatan, busan sopan, bahan mentah dan ramuan halal, kecantikan serta pelancongan dan hospitaliti.

Menurutnya, pameran turut memberi ruang kepada pemain industri meneroka peluang perniagaan, memperluas pemasaran produk selain berkolaborasi antara satu sama lain.

Selhac pertama kali dianjurkan Mac tahun lalu di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dengan penyertaan lebih 200 pempamer dan merekodkan transaksi sebanyak RM37.73 juta.


Pengarang :