AGENDANASIONAL

Gombak antara tiga daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 8 malam

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 9 MAC: Tiga daerah di Selangor, seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 8 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook memaklumkan tiga daerah terlibat ialah Kuala Selangor, Gombak dan Petaling.

Cuaca sama turut diramal melanda beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Johor selain beberapa bahagian di Sarawak.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum agensi itu.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :