AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Selangor, KL, Putrajaya hingga 7 malam

SHAH ALAM, 12 MAC: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya sehingga 7 malam ini, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi tersebut menerusi Facebook mengeluarkan amaran sama melibatkan dua daerah di Kedah iaitu Kulim dan Bandar Baharu, Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan) dan Perak (Hilir Perak, Batang Padang, Muallim).

Hujan lebat juga diramal melanda Pahang (Bera), Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Jempol, Tampin), Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Johor Bahru) dan Sarawak (Betong, Sarikei, Sibu).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :