Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk di laman sesawang www.met.gov.my, media sosial atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Empat daerah di Selangor dan KL diramal ribut petir, hujan hingga 5 petang

SHAH ALAM, 25 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor melibatkan empat daerah sehingga 5 petang.

Agensi tersebut menerusi Twitter memaklumkan daerah tersebut adalah Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat serta seluruh Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Keadaan sama dijangka berlaku di Pulau Pinang melibatkan Barat Daya dan Timur Laut, Perak (Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim serta Pahang (Raub, Bentong, Bera, Pekan dan Rompin), Jerantut, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).

Manakala Sarawak di Kapit (Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu (Tatau) serta Sabah di Tawau (Lahat Datu) dan Sandakan (Kinabatangan).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :