SHAH ALAM, 29 MAC: Dato’ Menteri Besar Dato’ Amirudin Shari dijadual menyampaikan amanat penting dalam program berbuka puasa Rapat Rahmah Ramadan bersama penjawat awam pada 31 Mac.
Beliau juga akan berbuka puasa bersama para penjawat awam dalam majlis khas ini sempena sambutan Ramadan di bangunan rasmi pentadbiran negeri bermula jam 5.30 petang.
Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim dan Pegawai Kewangan Negeri Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin serta barisan EXCO dijadual hadir dalam program tersebut.
Orang ramai boleh mengikuti perjalanan program berkenaan yang dipancar secara langsung menerusi Facebook Media Selangor dan YouTube SelangorTV.