Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Azhan Md Amir memberi kupon dan goodies kepada pengunjung Bazar Ramadan Jalan PJS 1/30 pada 29 Mac 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Permohonan naik 35 peratus, MBPJ tambah tiga lokasi bazar Ramadan

OLEH DIANA ABD WAHAB

PETALING JAYA, 30 MAC: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menambah tiga lokasi bazar Ramadan tahun ini menjadikan keseluruhan 22 kawasan berbanding 19, tahun lalu.

Datuk Bandar Petaling Jaya berkata penambahan itu susulan permohonan peniaga yang meningkat 35 peratus kali ini.

“Sebanyak 917 permohonan diterima pada tahun ini berbanding tahun lalu hanya 660 dan kita sediakan kira-kira 1,374 petak niaga di semua lokasi bazar.

“Penambahan ini juga antara usaha kita bagi membantu usahawan mikro bagi meningkatkan ekonomi mereka yang terjejas ketika pandemik akibat pelaksanaan perintah kawalan pergerakan,” Mohamad Azhan Md Amir.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program lawatan ke bazar Ramadan dan Pelancaran Program ‘Moreh@PJ Love You’ di Jalan PJS 1/30 di sini, semalam.

Berikut merupakan tiga lokasi baharu bazar Ramadan MBPJ:

Jalan Cemara SD 3/2A, Bandar Sri Damansara
Jalan Meranti SD 13/4, Bandar Sri Damansara
Jalan PJS 8/12


Pengarang :