Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze (tengah) melawat Surau At-Taqwa, Subang Jaya baru-baru ini. Foto Facebook Michelle Ng Mei Sze
ADNSELANGOR

RM9,600 diperuntuk ganti permaidani surau

SHAH ALAM, 30 MAC: Sejumlah RM9,600 diperuntukkan pejabat Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya bagi penggantian permaidani di Surau At-Taqwa, Subang Jaya.

Michelle Ng Mei Sze berkata penggantian permaidani itu dimohon pihak surau Januari lalu dan ia selesai diganti sebelum Ramadan.

“Kariah surau kini boleh sembahyang dalam keadaan selesa.

“Saya berusaha untuk berkhidmat bagi seluruh warga Subang Jaya tanpa kira bangsa atau agama,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata surau berkenaan boleh memuatkan hingga 50 jemaah dalam satu-satu masa.

“Kita harap dengan penggantian permaidani baharu ini jemaah dapat beribadah dengan lebih selesa,” katanya.


Pengarang :