Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama penerima bantuan Hijrah Selangor ketika Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) daerah Hulu Langat di Taman Impian Ehsan, Hulu Langat pada 4 Mac 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Usahawan mahu kembang niaga disaran mohon pembiayaan Hijrah sehingga RM50,000

SHAH ALAM, 11 APRIL: Usahawan kecil dan sederhana yang berhasrat mendapatkan modal pusingan bagi mengambangkan perniagaan disaran memohon pembiayaan Skim i-Bisnes sehingga RM50,000.

Menurut Facebook Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah), skim berkenaan boleh dimohon menerusi mikrokredit.selangor.gov.my atau hubungi pegawai pembiayaan di 19 cawangan Hijrah.

“Hijrah Selangor melalui Pembiayaan Skim i-Bisnes menawarkan modal perniagaan sehingga RM50,000 bagi membantu para usahawan kecil dan sederhana untuk mendapatkan modal pusingan perniagaan dengan syarat kelayakan dan dokumen permohonan yang mudah, cepat dan tidak membebankan,” tulisnya.

Berikut antara syarat kelayakan:

  • Warganegara Malaysia
  • Penduduk atau pemastautin Selangor
  • Mengundi di Selangor
  • Berumur 18 hingga 65 tahun
  • Perniagaan sudah beroperasi
  • Mempunyai lesen atau permit niaga sah

Selain i-Bisnes, Hijrah turut menawarkan pembiayaan skim i-Agro, Zero to Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), Go Digital, i-Lestari, dan i-Bermusim.

Sejak ditubuhkan pada 2015, Hijrah sudah menyalur modal niaga bernilai RM749.63 juta membabitkan pelbagai skim pembiayaan yang memanfaatkan 57,492 usahawan seluruh negeri dalam mengembangkan perniagaan masing-masing.


Pengarang :