AGENDANASIONAL

Empat daerah di Selangor diramal hujan, ribut petir hingga 6 petang

SHAH ALAM, 15 APRIL: Empat daerah di Selangor iaitu Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama turut diramal melanda Kuala Lumpur dan Putrajaya serta beberapa daerah di tiga negeri lain iaitu Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :