AGENDANASIONAL

Hujan lebat, ribut petir di Hulu Selangor hingga 1 tengah hari

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 20 APRIL: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda daerah Hulu Selangor sehingga 1 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan beberapa kawasan di Perak, Pahang, Johor dan Sarawak juga diramal mengalami cuaca sama.

Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm/jam, yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :