Kakitangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan bantuan Ramadan dan hari raya kepada keluarga asnaf di Kuala Selangor pada 19 April 2023. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

6,951 keluarga asnaf di Kuala Selangor terima bantuan hari raya

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 20 APRIL: Seramai 6,951 asnaf fakir, miskin dan mualaf di Kuala Selangor baru-baru ini menerima bantuan sempena Ramadan dan Aidilfitri daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan bantuan tunai hasil kutipan zakat fitrah bagi meringankan beban golongan sasar membuat persiapan menyambut Syawal tidak lama lagi.

“Tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadan akan menutup pintunya dan Syawal pula akan menjelma, Zakat Selangor tetap meneruskan usaha membantu asnaf kami.

“Seramai 6,951 keluarga asnaf fakir, miskin dan mualaf di Kuala Selangor telah dibantu untuk menyambut Aidilfitri hasil kutipan zakat fitrah yang anda tunaikan,” maklum agensi itu.

LZS turut mengingatkan umat Islam supaya menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah mengikut beras yang dimakan bermula dari kadar RM7 hingga RM21 seorang.

 

 


Pengarang :