Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Gasing melancarkan perkhidmatan van-panggilan menggunakan aplikasi Kumpool di DUN berkenaan pada 19 April 2023. Foto Facebook RAJIV RISHYAKARAN
ADNSELANGOR

DUN Bukit Gasing lancar khidmat van-panggilan, sasar golongan pekerja

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 20 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gasing melancarkan perkhidmatan van-panggilan (van-hailing) Kumpool 2.0 semalam.

Wakil rakyatnya R Rajiv berkata menerusi perkhidmatan menggunakan aplikasi Kumpool zon laluan dikecilkan dengan menyasarkan golongan yang bekerja di Petaling Jaya.

“Kini dari kedua-dua stesen LRT Taman Jaya and Asia Jaya, anda mempunyai dua pilihan iaitu skuter elektrik (e-skuter) Oogyaa atau Kumpool, satu perkhidmatan van-panggilan bergantung kepada pilihan anda.

“Anda boleh naik dan turun di perhentian berikut dengan bayaran RM1 sahaja,” katanya menerusi Facebook.

Rajiv berkata antara perhentian tersebut adalah:

LRT Taman Jaya
Amcorp Mall
Petron Jln Utara (LRT Asia Jaya)
Wisma TNB Jalan Timur
32 Square Seksyen 19
The Challenger Sports Center
Pusat Beli-Belah Jaya One
Crystal Crown PJ
Digital Mall
Public Bank PJ New Town
Wisma MCIS
Aeon Big Jaya One
Wisma Kemajuan (Jalan 19/1)
Mattress Factory Outlet (Jalan 19/1)
Hotel Lisa De Inn (Jalan 17/47)
Konica Minolta Business Solutions (Jalan 13/14)
Dutch Lady Industries
Menara Symphony (Jalan Khoo Kay Khim)
Federal Academy of Ballet (Jalan 14/22)
VSQ PJ (berhampiran BAC Petaling Jaya)

Kumpool Ride diperkenal di DUN Bukit Gasing pada 11 April tahun lalu bagi menyurai kesesakan trafik dan parkir dengan kadar serendah RM1 untuk akses pengangkutan lebih mudah, selesa dan selamat setiap hari mulai jam 8 pagi hingga 8 malam.

Perkhidmatan itu meliputi lebih 200 hentian antaranya stesen bas, LRT selain kawasan perumahan yang padat dan ia boleh dimuat turun di Apple Store atau Google PlayStore.


Pengarang :