PBTSELANGOR

MPAJ kutip RM2 juta bayaran parkir antara Januari hingga April

Oleh Azian Aziz

SHAH ALAM, 21 APRIL: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengutip RM2 juta untuk bayaran tempat letak kereta di kawasan pentadbirannya sejak Januari hingga 17 April tahun ini.

Yang Dipertuanya Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata daripada jumlah keseluruhan tersebut, sebanyak RM838,000 adalah hasil sewaan petak khas.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Mohd Fauzi Mohd Yatim. Foto MPAJ

“Selain itu, sebanyak RM88,000 dikutip menerusi bayaran pas bulanan dan RM78,000 lagi daripada pas bulanan penduduk.

“Bagi kutipan tempak letak kereta secara dalam talian pula, MPAJ menerima RM1 juta,” katanya ketika berucap dalam Mesyuarat Bulanan MPAJ di Menara MPAJ semalam.

Menurut Mohd Fauzi, sejumlah RM1.1 juta diperoleh untuk  bayaran tempat letak kereta melalui Smart Selangor Delivery Unit (SSDU)

Tambahnya, pihak berkuasa tempatan itu akan menerima menerima 10 peratus hasil kutipan tersebut daripada pihak SSDU.


Pengarang :