Ilustrasi tekanan mental yang dialami seorang lelaki. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Individu rasai bimbang berlebihan, sukar dikawal disaran hubungi kaunselor SEHAT

SHAH ALAM, 21 APRIL: Individu mengalami kebimbangan berlebihan dan sukar dikawal disaran menghubungi talian Selangor Mental Sihat (SEHAT) untuk berkongsi masalah dengan kaunselor bertauliah.

EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud berkata sesiapa yang mengalami perasaan tersebut tidak boleh dibiarkan berlanjutan kerana boleh menjejaskan kualiti hidup.

“Kebimbangan berlebihan, berlanjutan dan sukar dikawal boleh menjejaskan kualiti hidup. Luahkan masalah anda, kami sedia mendengar,” katanya di Facebook.

Beliau berkata kaunselor SEHAT boleh dihubungi menerusi talian 1700-82-7536 atau 1700-82-7537, aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) atau layari http://www.drsitimariah.com/sehat.

Sebelum ini, Dr Mariah menyeru masyarakat mengambil peluang memanfaatkan program Selangor SEHAT yang ditanggung sepenuhnya Kerajaan Negeri.

Beliau berkata program tersebut antara enam inisiatif diperkenal Kerajaan Selangor khusus untuk rakyat negeri ini bermula dari saringan percuma, bantuan kewangan serta pembiayaan.

 


Pengarang :