AGENDAJENAYAH

Tiga kedai musnah dalam kebakaran

KUANTAN, 5 MEI: Tiga unit kedai musnah dalam kebakaran di Lorong Tanjung Api 13, di Kampung Tanjung Api, di sini malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan bersama lima pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima laporan jam 7.23 malam.

“Berikutan keadaan api marak dengan cepat, pasukan pertama yang melakukan kerja pemadaman kebakaran terpaksa meminta bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota dan Gebeng.

“Secara keseluruhannya 28 pegawai dan anggota terbabit dalam operasi memadam dan mengawal kebakaran itu,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, selain tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, pihak bomba turut mendapat bantuan lima lagi jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota dan Gebeng.

“Pihak bomba juga menggunakan jentera Aerial Ladder Platform dan teknik ‘water tower’ bagi memadamkan dan mengawal kebakaran daripada merebak ke bangunan berhampiran,” katanya.


Pengarang :