AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di lima daerah di Selangor dan Kuala Lumpur

SHAH ALAM, 5 MEI: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat hingga 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook memaklumkan cuaca sama dijangka berlaku di Kuala Lumpur dan Labuan.

Ia turut diramal berlaku di beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :