SABAK BERNAM, 13 MEI: Sebanyak 10 tapak dikenal pasti sebagai tanah yang bakal dianugerahkan pemaju Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) bagi membiayai kos pembinaannya.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ketika ini pemaju sedang meneliti semua tapak termasuk nikai tanah bersesuaian dengan kos keseluruhan kompleks itu.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/05/P-pusat-Smart-Desa-6-500x333.jpg.webp)
“Proses penggantian ini berjalan secara berperingkat. Kita sudah membuat tawaran dan kini dalam proses akhir memuktamadkannya.
“Semua tanah yang sedang dinilai itu termasuk beberapa kawasan di Hulu Selangor dan Klang,” katanya selepas merasmikan Pusat Smart Desa Kampung Air Tawar di sini, semalam.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/01/PSX_20230128_152047-1-500x333.jpg)
Ketika sidang dewan negeri pada Mac, Amirudin berkata tanah di Klang dan Hulu Selangor menjadi antara pilihan untuk proses penggantian terbabit.
Pada 15 Julai, Amirudin menegaskan tiada dana awam digunakan bagi pembangunan semula KSSA berikutan pelaksanaannya bersifat perkongsian awam-swasta.
Projek itu juga akan memanfaatkan akses dan kelebihan sedia ada di kawasan terbabit seperti lokasi strategiknya dan jaraknya yang berhampiran stesen laluan transit aliran ringan (LRT3).