AGENDANASIONAL

Kembara Perpaduan di Taman Tasik Shah Alam Sabtu ini, saji pelbagai acara menarik

SHAH ALAM, 25 MEI: Pelbagai acara menarik menanti pengunjung sambutan Minggu Perpaduan peringkat Selangor di Taman Tasik Shah Alam Sabtu ini.

Program sempena Kembara Perpaduan Malaysia Madani anjuran Kerajaan Persekutuan yang dijadual bermula 7 pagi menyediakan beberapa acara riadah seperti ‘Explorace’, e-Sukan Fifa 23 dan Larian Perpaduan.

Bertemakan Perpaduan Dalam Kepelbagaian, program sehari itu turut menyajikan acara perkelahan keluarga, bazar Rahmah dan program Bicara Perpaduan.

Orang ramai juga berpeluang berbelanja di Bazar Rahmah selain menyertai pertandingan kebudayaan dan berkunjung ke pameran Rumah KAMI yang memaparkan maklumat berkaitan pakaian, makanan serta sukan rakyat pelbagai etnik.

Kementerian Perpaduan Negara melancarkan Kembara Perpaduan Malaysia MADANI sebagai salah satu inisiatif melalui Belanjawan 2023 dalam usaha memperkasa agenda perpaduan negara serta integrasi nasional.

Kembara tersebut dilaksana menerusi tiga kluster utama Semarak Kenegaraan, Semarak Perpaduan dan Program Komuniti Rahmah.


Pengarang :